Bersih, Yayasan Kofi Annan dan Global Bersih akan melancarkan hasil laporan Meja Bulat Mendalami Demokrasi di Malaysia: Memastikan Kerajaan Gabungan dan Parlimen Tergantung Berfungsi yang telah diadakan pada bulan Mei yang lepas. Laporan ini antara lain akan meringkaskan idea-idea memperkukuh demokrasi melalui pengalaman Malaysia dan luar negara. Lima Tema utama telah dibahaskan;
1) Kestabilan Politik Semasa Parlimen Tergantung,
2) Pembangkang dan Kabinet Bayangan di Parlimen,
3) Memandu Kerajaan Gabungan Pasca Pilihan Raya,
4) Memperkasa Ahli Parlimen, dan
5) Masyarakat Sivil, Media dan Anak Muda.
Pelancaran laporan ini akan diadakan melalui ketetapan berikut:
Tarikh: 11 Oktober 2023 (Rabu)
Masa: 11.00 pagi – 1.00 petang
Tempat: Parlimen Malaysia