Day: November 15, 2023

Laksanakan Pilihan Raya Pecat, Pengenalan Sistem Perwakilan Berkadaran dan Pengkanunan Peruntukan Kawasan Bagi Menangani Isu Lompat Parti Kerana Peruntukan Tidak Adil

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) khuatir dengan perkembangan di mana Ahli Parlimen (MP) daripada Perikatan Nasional yang menyatakan secara terbuka bahawa peruntukan pembangunan kawasan (CDF) adalah sebab utama mereka menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim (PMX) dan membelakangkan pandangan parti mereka.