[Wacana BERSIH #4] Memahami Pilihan Raya UK: Tersungkurnya Parti Konservatif Selepas 14 Tahun Memerintah

Wacana ini akan mengupas pilihan raya UK 2024 dan sebab kejatuhan Parti Konservatif, kemenangan Parti Buruh, implikasi politiknya, dan juga potensi dasar kerajaan UK baharu yang mungkin akan memberi impak kepada status pelajar antarabangsa Malaysia yang menuntut pengajian di UK pada tahun-tahun mendatang.

Para panelis adalah terdiri daripada Dr. Khairil Ahmad, seorang Teoris Politik dan konsultan dasar yang menuntut pengajian PhDnya di UK, Dr. Idlan Zakaria yang merupakan profesor madya di University of Birmingham dan mempunyai pengalaman menetap di UK merentasi zaman pentadbiran Konservatif, Buruh dan era Brexit, serta Ooi Kok Hin, Pengarah Eksekutif BERSIH yang juga merupakan graduan sains politik. Mereka akan berkongsi pandangan dan analisis terhadap pilihan raya UK dan isu-isu utamanya.

Sertai kami pada 10 Julai 2024, Rabu jam 8.30 malam melalui platform Zoom untuk menyertai wacana penting ini.

Rakan-rakan dijemput hadir!
Sila isi pautan berikut untuk RSVP 👇🏼
https://us02web.zoom.us/meeting/register/tZ0oduitpzIqHdCW4uEk9PNIIFsQWpuKP5nM